28 May 2010

konsep eksperimentasi

saya berpendapat, banyak masalah dapat diatasi jika kita bersikap rasional dan pandai menguruskan sikap emosional. situasi menjadi sangat bahaya apabila kita membiarkan emosi menguasai diri. ternyatalah bahawa ajaran islam adalah ajaran yang benar apabila umat islam diajar supaya sentiasa bertenang dalam menghadapi cabaran, cabaran juga merupakan ujian Allah.

seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai cara untuk kita mencari jalan penyelesaian. namun demikian, saya lebih tertarik untuk meggunakan kaedah saintifik dalam mengkaji sesuatu masalah. kaedah ini lebih jelas dan mudah untuk difahami.

konsep ini telah digunakan sejak berabad lamanya dalam revolusi mencari kebenaran. antaranya;

  1. pemerhatian - merangkumi tugas lima pancaindera yang manusia ada seperti, mata, telinga, lidah, hidung dan kulit.
  2. hipotesis - selepas membuat pemerhatian, otak manusia akan membuat interpretasi terhadap pemerhatian tersebut. ianya adalah apa yang difikirkan oleh individu tersebut. secara saintifiknya, interpretasi awal ini dipanggil hipotesis. hipotesis tidak semestinya benar.
  3. kajian - untuk mengenalpasti sesuatu hipotesis itu benar atau sebaliknya, kajian perlulah dibuat.
  4. konklusi - jawapan akhir kajian yang menentukan sama ada sesuatu hipotesis itu benar atau sebaliknya

eksperimentasi : perjalanan mencari konklusi

 
alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan hidayatnya dapat juga saya mulakan blog yang bertajuk eksperimentasi ini. blog ini saya cipta khas untuk berkongsi falsafah dan pendapat diri saya sendiri dalam mencari jawapan kepada setiap soalan yang sering bermain dalam fikiran ini.

saya berpendapat bahawa setiap persoalan semestinya mempunyai jawapan. hanya masa menentukan kebenaran kepada si pencari jawapan tersebut. sebagai contoh, soalan seperti; "bagaimanakah Allah tercipta" sememangnya tidak mempunyai jawapan yang jelas. namun, seperti yang dijanjikanNya, soalan itu pasti terjawab apabila tiba masanya.

faktanya, masih terdapat pelbagai lagi persoalan yang masih belum terjawab dalam kehidupan ini. persoalan mengenai sifat kemanusiaan, tindakbalas manusia terhadap persekitaran, ilmu sains, agama, sejarah dan banyak lagi persoalan dalam pelbagai bidang lagi yang belum terjawab.

oleh yang demikian, saya mencipta blog ini khas untuk saya berkongsi perasaan, pendapat, pengalaman, dan iktibar untuk para pembaca. di samping itu, saya amat berbesar hati jika rakan-rakan sudi berkongsi persoalan yang terlintas agar sama-sama kita dapat mencari jawapan.

wasalam~

Newer Posts