28 May 2010

eksperimentasi : perjalanan mencari konklusi

 
alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan hidayatnya dapat juga saya mulakan blog yang bertajuk eksperimentasi ini. blog ini saya cipta khas untuk berkongsi falsafah dan pendapat diri saya sendiri dalam mencari jawapan kepada setiap soalan yang sering bermain dalam fikiran ini.

saya berpendapat bahawa setiap persoalan semestinya mempunyai jawapan. hanya masa menentukan kebenaran kepada si pencari jawapan tersebut. sebagai contoh, soalan seperti; "bagaimanakah Allah tercipta" sememangnya tidak mempunyai jawapan yang jelas. namun, seperti yang dijanjikanNya, soalan itu pasti terjawab apabila tiba masanya.

faktanya, masih terdapat pelbagai lagi persoalan yang masih belum terjawab dalam kehidupan ini. persoalan mengenai sifat kemanusiaan, tindakbalas manusia terhadap persekitaran, ilmu sains, agama, sejarah dan banyak lagi persoalan dalam pelbagai bidang lagi yang belum terjawab.

oleh yang demikian, saya mencipta blog ini khas untuk saya berkongsi perasaan, pendapat, pengalaman, dan iktibar untuk para pembaca. di samping itu, saya amat berbesar hati jika rakan-rakan sudi berkongsi persoalan yang terlintas agar sama-sama kita dapat mencari jawapan.

wasalam~

0 comments:

Post a Comment

Newer Posts