saya berpendapat, banyak masalah dapat diatasi jika kita bersikap rasional dan pandai menguruskan sikap emosional. situasi menjadi sangat bahaya apabila kita membiarkan emosi menguasai diri. ternyatalah bahawa ajaran islam adalah ajaran yang benar apabila umat islam diajar supaya sentiasa bertenang dalam menghadapi cabaran, cabaran juga merupakan ujian Allah.
seperti yang kita sedia maklum, terdapat pelbagai cara untuk kita
mencari jalan penyelesaian. namun demikian, saya lebih tertarik untuk
meggunakan kaedah saintifik dalam mengkaji sesuatu masalah. kaedah ini
lebih jelas dan mudah untuk difahami.
konsep ini telah digunakan sejak berabad lamanya dalam revolusi mencari kebenaran. antaranya;
- pemerhatian - merangkumi tugas lima pancaindera yang manusia ada seperti, mata, telinga, lidah, hidung dan kulit.
- hipotesis - selepas membuat pemerhatian, otak manusia akan membuat interpretasi terhadap pemerhatian tersebut. ianya adalah apa yang difikirkan oleh individu tersebut. secara saintifiknya, interpretasi awal ini dipanggil hipotesis. hipotesis tidak semestinya benar.
- kajian - untuk mengenalpasti sesuatu hipotesis itu benar atau sebaliknya, kajian perlulah dibuat.
- konklusi - jawapan akhir kajian yang menentukan sama ada sesuatu hipotesis itu benar atau sebaliknya
2 comments:
hipotesis la..haha
haha.sory2.xsemak..sudah dibetulkan=)
Post a Comment